Paras Rupa?

Hii kamurang 👋🏻.. Apa khabar? Sihat?
Okay harini saya mau kasi cerita pasal paras rupa.

Setiap manusia adalah ciptaan Tuhan yang paling sempurna. Mungkin ada yang tidak yakin dengan diri sendiri. Mungkin ada yang yakin dengan diri sendiri. Saya seorang yang tidak yakin dengan diri sendiri sebab saya perempuan yang gemuk, hodoh & tidak penampilan. Saya jenis yang comfortable dengan diri sendiri. Saya jenis half tomboy half girl.

Mula mula tu, saya okay dengan berjumpa kawan, jumpa orang. Tapi lama kelamaan, saya kurang yakin dengan diri sendiri. Mungkin sebab paras rupa yang hodoh, gemuk tiada yng mau dekat dengan saya. Saya tidak tahu kenapa lelaki pandang paras rupa.

Pada suatu hari, saya minat dengan lelaki ni dan kami kenal dari facebook dan saling bertukar nombor. Tapi semua nya harapan palsu. Mungkin dia lebih suka perempuan yang bergaya, lawa, dan pandai makeup. Dia telah menghilang begitu saja dan baru saya tahu dia ada girlfriend sudah. Tidak apa lah. Semoga dia bahagia saja 🙏🏻. Saya hanya doakan dia baik² saja.

Saya harap suatu hari nanti, ada yang boleh terima saya seadanya. Saya cemburu dengan kawan² yang sudah berpunya tapi tidak apa lah. Kalau tiada lelaki yang mahu terima saya seadanya, saya jalani hidup dengan baik & aman 🙏🏻🙏🏻.. Saya tidak mengharap yang lebih. 

Comments